Penjodoh Bilangan
|
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
angkatan
|
Untuk kumpulan manusia dan benda
seperti tentera,pelukis,penulis, kapal dan lain-lain lagi
|
1.Seangkatan penyajak sedang
mendeklamasikan sajak mereka.
|
baris
|
Untuk benda yang bersusun atau orang
yang beratur seperti kedai,meja ,kerusi,orang rumah dan sebagainya.
|
1.Sebaris meja itu telah dibersihkan.
|
biji
|
Untuk benda yang kecil seperti
buah-buahan,bola,telur,cawan
|
1.Adik memecahkan sebiji cawan.
2.Ibu membeli dua biji tembikai.
|
bidang
|
Untuk benda yang luas seperti tanah,
kain,ladang dan sawah
|
1.Ayah mewarisi sebidang tanah sawah
di kampung.
|
bilah
|
Untuk benda yang tajam dan runcing
seperti pisau,parang,keris dan lembing
|
1.Kakak memotong sayur dengan sebilah
pisau.
2. Ayah menebas lalang dengan sebilah
sabit.
|
buku
|
Untuk
benda yang berbongkah dan berbuku seperti
roti,benang dan sabun
|
1.Hasnah membeli dua
buku sabun mandi.
|
genggam
|
Untuk benda yang digenggam dalam tangan
seperti beras,pasir dan lain-lain
|
Emak
memberikan segenggam padi
kepada yam-ayamnya.
|
gugus
|
Untuk
kumpulan benda atau
buah-buahan yang bertangkai seperti
anggur,kunci,rambutan,dan pulau
|
Kakak
membeli segugus buah
anggur di pasar.
|
helai
|
Untuk benda yang
lebar dan nipis seperti baju,kain, daun, sampul,selimut dan
lain-lain
|
1.Maznah mencuci
beberapa helai kain
batik yang kotor itu.
|
hiris
|
Untuk benda yang dipotong
menjadi nipis seperti buah-buahan,bawang, timun dan lain-lain
|
1.Kakak memasukkan
beberapa hiris bawang
ke dalam masakannya.
|
kaki
|
Untuk benda yang berkaki
atau bertangkai seperti payung
dan cendawan
|
1.Ani membeli
sekaki paying berwarna merah.
|
kotak
|
Untuk
benda di dalam kotak seperti mancis,paku, pensel,ubat
nyamuk dan lain-lain
|
1.Muthu membeli
sekotak mancis di kedai itu.
|
laras
|
Untuk
senjata api seperti pistol,senapang
an meriam
|
1.Penduduk
kampung telah menemui selaras
meriam semasa menggali
parit itu.
|
lembar
|
Untuk
benda yang panjang dan
halus seperti benang,daai
dan sebagainya
|
1.Nenek menggunakan
selember benang utuk menampal kain yang koyak.
|
ulas
|
Untuk
isi buah-buahan seperti nangka,durian dan sebagainya
|
1.Suri telah
makan tiga ulas
durian yang dipungut
pagi tadi.
|
rangkap
|
Untuk
tulisan yang berangkap
seperti pantun dan syair
|
1.Murid itu
sedang mendeklamasikan beberapa rangkap puisi.
|
Panduan Penggunaan
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan